Wednesday, August 12, 2009

Internet dan Rangkaian (Internet & Network)

Pada peringkat awal komputer telah digunakan untuk memproses dan menyimpan data serta maklumat. Pengkomputeran telah maju setapak lagi apabila komputer boleh menjadi perangkai untuk berhubung di antara satu komputer dengan komputer yang lain yang terletak dalam bangunan yang sama dan boleh berkongsi maklumat dan peralatan. Selepas itu komputer juga boleh merangkaikan kawasan yang lebih jauh meliputi sebuah negara. Puncak perkembangan komputer boleh berlaku apabila semua rangkaian (network) komputer di seluruh dunia dapat dihubungkan antara satu dengan lain dan hubungan ini dinamakan Internet. Jika pengguna komputer memiliki sebuah Komputer Peribadi (PC), sebuah modem dan saluran telefon maka pengguna berkenaan boleh menggunakan Internet. Internet boleh digunakan untuk mendapat pelbagai maklumat berguna dalam bidang pendidikan, perniagaan, kebudayaan dan lain-lain. Melalui Internet juga anda boleh berkomunikasi secara elektronik melalu mel elektronik (e-mel). Berkomunikasi menggunakan mel elektronik adalah jauh lebih cepat dan murah berbanding dengan surat. Jika anda seorang peminat permainan elektronik, Internet menjanjikan beribu-ribu permainan yang menarik. Jika anda kesunyian anda boleh menjadikan Internet sebagai teman setia anda.