Peraturan Makmal Komputer

1. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.


2. Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal komputer kecuali dengan keizinan Guru Penyelaras Bestari.

3. 'Pen drive/disket' dari luar boleh di bawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.

4. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal komputer kecuali dengan keizinan Guru Penyelaras Bestari.

5. Murid dilarang melaraskan pendingin hawa.

6. Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal komputer.

7. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa guru pengawas.

8. Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan pada wayar komputer.

9. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.

10. Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.

11. Tidak dibenarkan membawa 'liquid paper'.

12. Dilarang membuat bising di dalam makmal komputer.

13. Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau memfitnah pihak tertentu.

14. Dilarang mengubah sebarang 'setting' dalam komputer.

15. Dilarang mengubah dan menambah perisian dan perkakasan.

16. Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam 'pen drive/disket' dan tidak boleh disimpan dalam cakera keras.

17. Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru.

18. Guru yang bertanggungjawab membawa murid atau kelas ke makmal komputer hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal komputer.

19. Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log komputer.

20. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.